Luar Negara

Lebih 1,000 bom ditembak ke arah Gaza awal pagi Jumaat

Serangan tentera Israel (IDF) terhadap Gaza berlanjutan pada waktu subuh hari Jumaat ketika tentera mengebom depot senjata Hamas bersama senjata lain dan lokasi pelancaran.

Lebih dari 1,000 bom dan peluru ditembakkan ke arah Gaza dalam apa yang dikatakan sumber IDF sebagai pengeboman terhadap lokasi Hamas terbesar dan paling agresif sejak Perang Gaza pada 2014.

Serangan itu berlaku ketika serangan roket ditembakkan ke Israel tengah dan selatan sepanjang malam.

Kereta kebal, meriam artileri Israel dikerahkan di sepanjang perbatasan, bersama lebih dari 160 pasukan udara dalam serangan yang bertujuan memberi tekanan kepada Hamas.

Pegawai diplomatik Israel menyedari bahawa tekanan semakin meningkat ke atas Israel dan masa terhad untuk mencapai matlamatnya.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijadualkan bersidang awal minggu depan.

Salah satu sasaran utama IDF dalam serangan awal Jumat adalah “metro” Hamas atau terowong dalam tanah di utara Gaza yang digunakan oleh  Hamas untuk melancarkan serangan terhadap Israel dan memindahkan senjata ke kubu kuatnya yang berbeza.

Tentera Israel telah menyerang lebih dari 700 sasaran Hamas sejak Operasi Guardians of the Walls bermula pada hari Isnin.

Dalam empat hari pertama Operasi Guardian of the Walls, operasi yang merupakan 95 peratus serangan udara, lebih dari 700 sasaran Hamas telah terkena bedilan tentera udara Israel.

Serangan pembukaan oleh IDF merangkumi infrastruktur utama Hamas yang menurut tentera akan mempengaruhi kumpulan Hamas selama bertahun-tahun akan datang.

Kira-kira 60 pejuang Hamas telah syahid termasuk 10 komander kanan sejak operasi itu bermula pada hari Isnin.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, 103 warga Gaza terbunuh pada hari Khamis, dan 580 orang cedera.-SM

(Visited 616 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button