Luar Negara

Singapura cipta pembalut luka pintar

PEMBALUT pintar yang dicipta oleh penyelidik di Singapura sedang diuji pada pesakit ulser vena kronik atau ulser kaki yang disebabkan oleh masalah peredaran dalam urat

Pembalut pintar tersebut membolehkan pesakit yang mengalami luka kronik dipantau dari jauh melalui aplikasi pada peranti mudah alih.

Selain itu, dengan adanya pembalut pintar dapat mengurangkan lawatan pesakit ke hospital.

Pasukan penyelidik di Universiti Nasional Singapura telah mencipta penderia boleh pakai yang dilekatkan pada pembalut lutsinar untuk mengesan proses penyembuhan dengan menggunakan maklumat seperti suhu, jenis bakteria dan tahap pH serta keradangan.

“Secara tradisinya apabila seseorang mempunyai luka atau ulser, satu-satunya cara untuk memeriksanya adalah melalui pemeriksaan visual iaitu melihat luka itu sendiri.

“Sekiranya doktor ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka akan mendapatkan cecair luka dan menghantarnya ke makmal untuk ujian lanjut.

“Jadi apa yang kami cuba lakukan ialah menggunakan pembalut pintar kami untuk mengurangkan bilangan jam atau hari kepada beberapa minit sahaja,” kata Chwee Teck Lim, ketua penyelidik di jabatan kejuruteraan bioperubatan universiti itu

Teknologi “VeCare” akan membolehkan pesakit menjalani proses pemulihan di rumah dan melawat doktor jika perlu sahaja.

Menurut Lim, pengumpulan data luka oleh penyelidik setakat ini berkesan.

Tambanhya, pembalut pintar itu berpotensi digunakan untuk keadaan lain, seperti ulser kaki diabetik.-SM

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button