Ekonomi

Bursa ditutup rendah ekoran aktiviti pengambilan untung

DAGANGAN di Bursa Malaysia hari ini ditutup rendah ekoran aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan semalam.

Selain itu ia turut didorong kegawatan pasaran hartanah di China yang menjejaskan sentimen serantau.

Selain itu, para pelabur juga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman keputusan suku ketiga keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia esok (Jumaat).
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.16 mata kepada 1,464.68 daripada paras penutup 1,466.84 pada Rabu.
Indeks itu dibuka rendah turun 2.06 mata kepada 1,464.78 dan mencecah paras terendah harian pada 1,460.46 dan paras tertinggi harian pada 1,465.16.
Suasana pasaran negatif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 487 berbanding 419 manakala 470 kaunter tidak berubah, 1,004 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.48 bilion unit bernilai RM2.07 bilion daripada 3.94 bilion unit bernilai RM2.21 bilion pada Rabu.
Menurut laporan Reuters, saham Asia jatuh pada Khamis, menghentikan seketika kenaikan tinggi pada minggu ini apabila data terbaharu China menunjukkan kelemahan sektor hartanah yang berlarutan di negara itu yang seterusnya menjejaskan sedikit keyakinan terhadap pemulihan ekonomi kedua terbesar dunia itu.
(Visited 27 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button