Ekonomi

Bank dunia beri amaran, pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh merosot kepada 4.8%

KUALA LUMPUR: Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.5% pada 2022, didorong oleh pemulihan permintaan dalam negeri dan pengembangan dalam eksport.

Bagaimanapun, ia memberi amaran bahawa pertumbuhan boleh perlahan kepada 4.8% jika keadaan global bertambah buruk di tengah-tengah konflik Rusia-Ukraine, pengetatan kewangan di AS dan kelembapan struktur di China, lapor Bernama.

Ia memetik Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik (EAC) bank itu pada April 2022, bertajuk “Braving the Storm”, sebagai berkata bahawa walaupun ekonomi diunjurkan berada pada laluan pemulihan, “Covid-19, inflasi makanan dan banjir dijangka akan membebankan kemajuan kesejahteraan golongan miskin”.

Pada 30 Mac, Bank Negara Malaysia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 5.3% dan 6.3% tahun ini, lebih rendah sedikit daripada ramalan rasmi kerajaan mengenai pertumbuhan 5.5% hingga 6.5% dalam keluaran dalam negara kasar.

(Visited 721 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button