Ekonomi

Bursa Malaysia tarik balik status klasifikasi penerbit terjejas MGRC

STATUS syarikat tersenarai awam terjejas Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC) oleh Bursa Securities telah ditarik balik berkuatkuasa 13 Jun 2022.

MGRC pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka dalam kenyataannya berkata, pengumuman itu dibuat selepas
Bursa Securities memberikan pengecualian kepada syarikat tersebut dalam mengemukakan pelan regularisasi selepas diklasifikasikan sebagai syarikat tersenarai awam terjejas menurut Peraturan 8.03A Keperluan Penyenaraian.

Pengarah Eksekutif MGRC, Azri Azerai berkata, pihaknya berterima kasih kepada pasukannya atas kegigihan untuk mengeluarkan MGRC daripada status klasifikasi penerbit yang terjejas dan mengalu-alukan berita ini daripada pengawal selia.

“Kepelbagaian kami ke dalam perkhidmatan biofarmaseutikal, khususnya pengedaran imunoterapi dan terapi sel, telah menyokong prestasi kewangan Kumpulan. Saya percaya kita boleh berkembang bersama, sebagai satu pasukan.” katanya di sini hari ini.

Bursa Securities telah membuat klasifikasi mengikut Peraturan 8.03A pada 24 Disember 2019 dan MGRC telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kelulusan bagi mengecualikan syarikat daripada mengemukakan cadangan pelan regularisasi pada 24 Mac 2022.

Kelulusan tersebut telah diberikan pada 10 Jun 2022.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MGRC Sasha Nordin, berkata, pihaknya akan terus mencari peluang melalui kerjasama dan perkongsian yang menyasarkan pengguna dan segmen pasaran baharu, termasuk di luar Malaysia, sambil pihaknya berusaha untuk meluaskan jangkauan dan memanfaatkan peningkatan kesedaran tentang isu kesihatan di seluruh rantau dan lebih jauh.

Dalam pengumuman terbaharu prestasi suku ketiga 2022, MGRC melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.96 juta berbanding tempoh sama sebanyak RM0.2 juta pada suku ketiga 2021.

Pendapatan sesaham (EPS) berada pada 1.60 sen bagi suku ketiga 2022 berbanding EPS sebanyak 0.19 sen pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button