fbpx
Hiburan

COVID-19: Pelakon filem Star Wars, Andrew Jack meninggal dunia

PELAKON filem Star Wars, Andrew Jack yang memegang watak sebagai General Ematt dalam filem tersebut, dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19.

Jack yang berusia 76 tahun, dilaporkan meninggal dunia kelmarin di sebuah hospital di Surrey, United Kingdom (UK).

Jack dimasukkan ke hospital tersebut akibat komplikasi coronavirus.

Berita kematian Jack disahkan oleh wakil aktor tersebut, Jill McCullough.

Memetik laporan agensi berita AP,  McCullough memberitahu, Jack bekerja sebagai jurulatih dialek dan pernah tinggal dalam rumah bot Thames.


“Mendiang seorang yang berdikari dan sangat mencintai isterinya,” kata McCullough.

Jack tidak bernasib baik kerana meninggal dunia akibat dijangkiti wabak COVID-19 berbanding dengan aktor Tom Hanks dan isteri yang sembuh selepas menerima rawatan akibat virus tersebut.

Hanks dan isterinya kini sudah kembali ke rumah mereka di Los Angeles selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Australia, ketika mereka disahkan dijangkiti COVID-19.

BACA: https://suaramerdeka.com.my/tom-hanks-selamat-kembali-ke-los-angeles/

Dalam pada itu, menerusi entri di laman Instagram, isteri mendiang Gabrielle Rogers mengesahkan bahawa Jack telah disahkan positif COVID-19 sejak dua hari lalu.

Sepanjang kariernya, mendiang pernah membintangi beberapa siri dalam filem itu termasuk “Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi“, “Solo: A Star Wars Story” dan “Star Wars: Episode VII – The Force Awakens“.

Antara pelakon yang pernah menjalani latihan dialek bersamanya ialah Robert Downey Jr dan Chris Hemsworth.

Terdahulu, Mark Blum, 69, yang pernah membintangi filem “Desperately Seeking Susan”, “Crocodile Dundee” dan terbaharu siri TV “YOU”, meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian, Manhattan, selepas didiagnosis dijangkiti virus sama.

Sebelum ini aktor Tom Hanks isteri, Rita Wilson dijangkiti Covid-19. Ekoran itu mereka telah dikuarantin selama 14 hari di Austarlia.

Namun Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson dilaporkan telah pulang ke Los Angeles (LA) kelmarin slepas menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di Australia selepas mereka dijangkiti wabak COVID-19.

Hanks yang kembali ke rumah mereka, dikatakan gembira sehingga aktor itu dilihat menari-nari sambil menyentuh tanah di halaman depan rumahnya.

Pelakon filem The Forrest Gump dan Toy Story itu dan isteri memberi senyuman ketika dilihat memandu di sekeliling bandaraya LA. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button