Hiburan

Keserasian Hariz Hamdan dan bekas Ratu Cantik

Pelakon baharu yang sedang meniti dalam industri lakonan, Hariz Hamdan, 21,  mengaku serasi apabila bergandingan dengan bekas Ratu Cantik, Amy Nur Tinie, 27, yang juga merupakan pelakon wanita baharu.

Hariz yang merupakan bekas peserta pertandingan Hero Remaja 2020 mendedahkan, dia selesa bekerja bersama Tinie kerana sikapnya yang profesional.

Amy Nur Tinie bekas ratu cantik kini ke layar perak

“Saya suka bekerja dan berkawan dengan Tinie selain dia matang, dia juga berfikiran terbuka dan amat menghormati orang sekelilingnya.

“Apabila saya mendapat tahu akan bergandingan dengannya sebagai kekasihnya dalam filem, saya berasa lega, keserasian kami memang tidak dibuat-dibuat sebab memang kami berdua kawan baik”. Jelasnya.

Hafiz Hamdan

Walaupun jarak usia mereka beza enam tahun namun bagi Tinie, menyifatkan aktor tersebut matang dalam pekerjaan.

“Hariz walaupun muda perangai dia sangat matang dan mengambil berat, Jika orang yang tidak biasa dengannya pasti akan tersalah anggap dan menyangka dia ada hati dengan wanita itu.

“Secara peribadi, tidak kisah kalau kekasih lebih muda asalkan matang. Umur sekadar angka yang paling penting hati dan kematangan seseorang,” jelasnya.

Perhubungan mereka sememangnya akrab sering melakukan ‘Live’ di media sosial Instagram dan Tiktok jadi tidak hairanlah mereka ini diberi kepercayaan memegang watak sebagai sepasang kekasih dalam filem ‘Jemputan Ke Neraka’ di bawah arahan Amor Rizan terbitan AN Universal Film Production

Keserasian Hariz Hamdan dan Bekas Ratu Cantik dalam filem ‘Jemputan ke Neraka’

Filem Jemputan Ke Neraka akan menemui penonton di pawagam pada 22 Jun ini turut dibintangi oleh Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena, Roslan dan Alif Hadi.

Sharifah Sakinah, Amy Nur Tinie dalam filem Jemputan ke Neraka pada 22 Jun ini

Artikle Berkaitan

Naratif Filem ‘Ada Hantu’ Bosan, Tiba-Tiba Kelakar Dan Berpenghujung Dengan Sedikit Misteri

10 Filem Allahyarham Mamat Khalid Yang Malar Segar, Tak Bosan Tengok Berulang Kali!

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button