Hiburan

PU Riz terpaksa tukar nama di Instagramnya kerana …

PERTAMA kali melihat wajahnya di kaca televisyen ialah menerusi drama yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan yang lalu, berjudul Korban Kasih.

Wajahnya diselitkan sebagai pengurus rumah anak-anak yatim namun ketika itu, tidak tahu siapakah namanya. Cuma wajahnya ada nilai komersial.

Rupa-rupanya pemilik wajah komersial membintangi filem berjudul Ada Apa Dengan Dosa dan individu yang dimaksudkan di sini ialah Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail.

Apa cerita menarik yang dipaparkan oleh wartawan Astro Gempak https://gempak.com/artikel/37353/dari-pu-rizz-jadi-hrisbismail-pu-riz-tukar-nama-instagram-sebab dan boleh dikongsi dalam SUARA MERDEKA tentang PU Riz?

PU Riz terpaksa menukar nama akaun Instagramnya demi mendapatkan tanda verified untuk media sosialnya itu.

Jelas Riz, 25, penukaran nama Instagramnya bukan disebabkan perkara lain atau kontroversi yang pernah terpalit sebelum ini.


“Saya ada membuat permohonan kepada Instagram untuk menggunakan gelaran PU (Pencetus Ummah) di akaun media sosial tetapi gagal.

“Sebaliknya, saya dikehendaki untuk menggunakan nama yang sama dengan kad pengenalan. Jadi, bila tukar-tukar tiba-tiba dapat dengan nama @hrisbismail.

“Saya tukar nama bukan sebab kecaman, tidak ada apa sangat pun. Kalau saya tukar macam mana sekali pun, orang tetap kenal saya juga,” katanya.

Jelas Riz, tugasnya sebagai pelakon dan figura lebih mudah dan diperakui seandainya akaun media sosialnya punyai tanda verified.

“Sebagai seorang pelakon, sedikit sebanyak perlu tanda verified itu, cuma tidak menjadi keutamaan atau prioritas pun.

“Saya masih menulis keterangan diri di profile akaun Instagram biarpun nama sudah bertukar.

“Ia tidak menjadikan saya orang lain pun. Saya masih sama cuma mahukan tanda verified itu untuk kerja dan posting Instagram sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, perkembangan dari karier lakonannya, Riz muncul dalam filem terbaharu berjudul Ada Apa Dengan Dosa yang sudahpun ditayangkan di saluran Astro First sejak 4 Jun lalu.

Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu, identiti sebenarnya, dia adalah dari keluarga yang beragama Islam.

Lebih mengejutkan Aurora ialah statusnya iaitu seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran seorang pendakwah dengan ibu kandungnya.

Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khalik lakonan mantap PU Riz.

Filem Ada Apa Dengan Dosa terbitan Pencil Pictures & Records turut dibintangi Ashraf Muslim, Fasha Sandha, Adam Corrie dan dramatis terkenal tanah air, Fauziah Nawi. –  SM

(Visited 750 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button