Hiburan

Naratif Filem ‘Ada Hantu’ Bosan, Tiba-Tiba Kelakar Dan Berpenghujung Dengan Sedikit Misteri

Lain orang, lain citarasa namun untuk beberapa puluh minit yang pertama, filem Ada Hantu arahan Hairul Azreen, penulis sifatkan sebagai membosankan kerana ceritanya boleh dikatakan agak klise.

Mana tidaknya, masih ada lagi kisah sekumpulan pelajar yang kononnya mahu mencari hantu bagi mendapatkan tontonan di YouTube pada zaman ini.

Apabila bercakap tentang situasi di atas, sudah pasti kita boleh baca bagaimana perjalanannya filem Ada Hantu ini biar pun sambil menutup mata.

Ada rakan-rakan jenis yang sombong, memang dijadikan modal untuk kena kacau dalam mana-mana filem seram dan ada yang jenis buat-buat blur.

Bermula daripada rancangan nak sambut hari jadi di rumah berhantu, ketika dalam perjalanan terganggu dengan sesuatu dan mula masuk ke lokasi kejadian.

Meskipun pun jalan cerita untuk puluhan minit yang pertama ini boleh dibaca, membosankan serta klise, masuk puluhan minit yang seterusnya, semua bertukar.

Daripada satu naratif panjang yang membosankan, jadi kelakar yang luar biasa, terpacul jugalah gelak-ketawa sekali gus menjelaskan kaitan puluhan minit pertama tadi.

Bermula daripada puluhan minit yang kedua ini, barulah penulis boleh menerima cerita Ada Hantu meskipun ia dibuat atas dasar prank tetapi masih menghiburkan.

Namun Ada Hantu masih berjaya diselamatkan lakonan neutral Zahiril Adzim dan babak komedi yang mula menyusul menamatkan kemarau bosan pada permulaannya.

Apa-apa pun, cerita asal Adrian Teh yang bergenre komedi ini boleh dikategorikan kurang menyengat dan penulis berpendapat Act 2 Pictures Sdn. Bhd. buat habis bajet sahaja.

Tak perlulah buat filem komedi cringe seperti ini lagi pada masa hadapan selepas filem Pasal Kau beberapa bulan lalu kerana nama Adrian Teh sudah dikenali dengan filem aksi.

Meskipun yang arahkan Hairul Azreen dan Ada Hantu menggunakan stok pelakon filem Paskal, tolonglah Adrian Teh, suruhlah Hairul Azreen buat cerita aksi kalau nak bazirkan bajet sekali pun!

Nota : Jangan ditanya apa kaitan gambar Sophia Albarakbah dengan poster filem Ada Hantu. Penulis cuma jatuh cinta dengan watak Farah lakonannya walaupun tiada apa-apa yang istimewa, kecuali dia cantik!

(Visited 1,444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button