fbpx
Rencah Hidup

‘Kumpulan kayangan’ panggil petugas kesihatan dog, pencacai najis

SEGELINTIR rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara kerana ancaman Covid-19 digelar sebagai kumpulan kayangan oleh petugas barisan hadapan.

Ini kerana sikap kurang ajar dan sikap  sombong yang ditunjukkan mereka kepada petugas kesihatan yang mahu mengambil sampel daripada mereka untuk saringan Covid-19.

Petugas barisan hadapan, Dr. Sakinah Sulong berkata, ada antara mereka memanggil petugas kesihatan sebagai ‘dog’ dan pencacai najis dan tidak mahu dikuarantikan.

Sikap mereka berbeza dengan ditunjukkan oleh kumpulan tabligh yang telah diarahkan untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 sebelum ini.

“Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.


“Berbanding kumpulan kayangan, marah-marah. Panggil staff kami ‘dog’. Panggil staff kami pencacai najis. Memang sangat kurang ajar!

“Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan,'” luah Dr. Sakinah di Facebook beliau.

BACA

Menurutnya, ada petugas kesihatan yang terpaksa mengalah kerana tidak mampu untuk bersuara dan bimbang berlaku kekasaran kerana dimaki oleh kumpulan terbabit.

“Nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami petugas kesihatan! Memang tak bersyukur!

“Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!” tegas Dr. Sakinah.

Menurut beliau, petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan. Mereka  membuat saringan simptom dan vital sign, buat pensampelan dan buat rujukan ke hospital sekiranya perlu.

Mereka hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain. Kumpulan barisan hadapan itu bekerja keras untuk memastikan rakyat lain tidak dijangkiti penyakit yang di bawa dari luar negara.

Sakinah berkata, manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidup, satu mulut untuk mereka ambil swabnya.

“Tak kira lah siapa dia. Pengarah Jabatan ke, jemaah tabligh ke, doktor ke, pelajar ke, semuanya sama. Lubang hidungnya sama, rongga mulutnya sama.

“Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.

“Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan,” kata Dr. Sakinah.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button