NasionalpilihanRencah Hidup

Wanita tercampak dari Myvi rupanya kena gangguan

KISAH wanita yang tercampak keluar dari Myvi semalam sehingga menjadi tular di media sosial rupanya terkena gangguan dan bukan disebabkan masalah percintaan.

Perkara itu didedahkan pemilik kereta Myvi tersebut dalam satu video yang dimuat naik di akaun Youtube Amirul Syakir.

Menurut lelaki itu, dia dan wanita tersebut bukanlah pasangan bercinta sebaliknya merupakan rakan dan ketika kejadian, mereka dalam perjalanan mencari barangan untuk akaun Youtube mereka.

“Secara tiba-tiba, rakan saya terkena gangguan di dalam kereta sehingga suaranya juga berubah.

“Semasa saya tengah bawa kereta dia menjerit meracau-racau dan tak tahu nak buat apa, ketika itu saya tekan lampu isyarat kecemasan sebab nak selamatkan keadaan,” katanya.

Menurut Amirul, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia juga tidak sempat menarik rakannya sehingga dia keluar sendiri dan kemudian berada di seberang jalan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung video berkenaan.

Beliau menjelaskan, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.40 petang, semalam di Jalan Unisel, Seksyen 7 di sini.

Kata Baharudin, siasatan awal mendapati sebuah kenderaan Myvi telah memperlahankan kenderaan serta memasang lampu kecemasan ketika sampai di persimpangan lampu isyarat Jalan Unisel Seksyen 7 Shah Alam.

“Kemudian didapati seorang wanita telah cuba keluar dengan membuka pintu kereta tersebut menyebabkannya terjatuh keluar semasa Myvi itu masih lagi bergerak perlahan,” ujarnya. -SM

(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button