Rencah Hidup

Bangga dapat ‘mask’ percuma selepas maki pengawal keselamatan

DUA orang wanita yang dipercayai adik beradik yang tidak memakai pelitup muka akhirnya dibenarkan masuk ke dalam sebuah gedung beli belah terkemuka selepas mengamuk dan memaki pengawal keselamatan.

Dalam video yang tular di media sosial sejak semalam, wanita yang dikenali sebagai Cik Non itu mengunakan perkataan kasar dan menengking pengawal keselamatan yang tidak membenarkan mereka masuk.

Kedua-dua mereka dikatakan diarahkan untuk membeli dan memakai pelitup muka sebelum dibenarkan masuk ke gedung beli belah tersebut.

Dalam video itu, wanita terbabit menjerit dan memaki ke arah pengawal keselamatan tersebut tanpa menghiraukan pandangan orang ramai. Dia malah turut mengancam mahu menendang pengawal keselamatan terbabit.

“Kang aku sepak kau karang. Dah habis dah lah. Ada budak tadi aku nampak tak pakai mask. Budak kecik tak pakai mask. Apa pasal budak boleh tak pakai mask?” tengking wanita tersebut.

Dalam video itu kedengaran wanita itu  tidak berpuas hati apabila disuruh untuk pergi membeli pelitup muka terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.

“Menang tak guna la kau orang ni (bahasa kasar). Ini Ikea tau bukan kedai dua ringgit. Tapi (bahasa kasar) kena keluar balik kena beli sekarang. PKP dah habis la bodoh.

“Nak bagi masuk ke tak (sambil tendang tiang tali garisan). Nak bagi masuk ke tak? (bahasa kasar) kau! Kau boleh suruh aku keluar? Keluar cari mask?” tanya wanita itu tidak puas hati.

Video tersebut dipercayai dirakam oleh adik wanita terbabit.

Dalam video berdurasi selama 1 mini 17 saat itu, adik wanita tersebut menyatakan perasaan gembira dan bangga kerana akhirnya merekda dibenarkan masuk. Tambahan mereka tidak perlu membeli pelitup muka kerana telah diberikan secara percuma.

Dia berkata, pelitup muka itu diberikan tanpa perlu membayar apa-apa selepas kakaknya yang panas baran memarahi pengawal terbabit. Wanita terbabit bagaimanapun tidak menyatakan siapa yang memberikan mereka pelitup muka tersebut.

“Baru sampai Ikea dengan Cik Non tanpa perlu pakai mask. Beli mask, bawa mask tak perlu. Orang bagi free.

“Yes, orang bagi free je kat aku sebab Cik Non marah kau orang. Dapat cari kakak yang panas baran. Tapi dengan adik, dia baik gila babi,” kata adik wanita itu dengan bangga.-SM

(Visited 446 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button