JenayahNasionalNegeri

Penyeludup bermotosikal tinggalkan ganja bernilai RM34,100 di sempadan

TIDAK sempat “berurusan” apabila menyedari dikesan pihak berkuasa maka ditinggalkan sebuah guni berisi 11 kilogram (kg) dadah yang dipercayai ganja bernilai RM34,100 di kawasan semak bersempadan Malaysia/Thai, Chuping.

Ini kes terbaharu yang telah dikesan oleh sepasukan Polis Gerakan Am (PGA) yang melibatkan seorang pegawai dan enam anggota ketika melakukan rondaan pada pukul 2.30 pagi semalam (19 Jun) di kawasan ladang getah berhampiran tiang TNB 549 (KTJ C21).

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assiten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah berkata, semasa rondaan itu, pasukan ini ternampak seorang lelaki yang menunggang motosikal ketika itu berada di sebelah negara jiran telah berhenti di sebelah pagar keselamatan.

Bagaimanapun katanya, lelaki bermotosikal itu yang menyedari kehadiran polis telah bertindak melarikan diri.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di kawasan tersebut telah ditemui sebuah guni berwarna putih.

“Dalam pemeriksaan lanjut ke atas guni itu didalamnya terdapat sebuah kotak mengandungi 11 bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja sebanyak 11 kg.,” katanya.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Mohd Shokri berkata, hasil rampasan itu telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis (IPD) Padang Besar untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati dadah jenis ganja itu cuba diseludup masuk dari negara jiran dengan menggunakan laluan tikus yang terdapat di kawasan Ladang Chuping.

Katanya, tempat kejadian itu juga dipenuhi dengan semak samun lalang yang tinggi.

Mohd Shokri berkata, kes disiasat di bawah Pindaan Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan pengedaran dadah berbahaya hendaklah dihukum dengan hukuman mati atau dengan pemenjaraan seumur hidup yang mana pesalah juga boleh dikenakan hukuman sebat. – SM

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button