NasionalpilihanPolitik

Dr. Mahathir Wujudkan GTA Untuk Orang Melayu Yang Pening Nak Sokong Siapa!

Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad menyeru seluruh kaum Melayu yang sudah tak percayakan UMNO, PAS atau PKR, sila bersiap sedia untuk memberi sokongan padu tanpa berbelah bahagi kepada Gerakan Tanah Air.

Seperti biasa, Gerakan Tanah Air yang dipengerusikan Dr. Mahathir akan mendapat kepercayaan orang-orang muda dan belia khususnya kerana Gerakan Tanah Air yang dianggotai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) pimpinan veteran politik Ibrahim Ali, serpihan PAS Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Melihat pada nama-nama yang menganggotai GTA, jelas ia satu penyatuan yang kukuh dan tiada sesiapa yang boleh menyangkalnya dan sebanyak 120 kerusi daripada 220 kerusi yang dipertandingkan sedia dimiliki GTA dengan penuh yakin.

Bagi pengikut setia GTA, wujud dakwaan mana-mana orang Melayu yang tidak percaya kepada GTA sesuai dianggap sebagai pengkhianat sistem demokrasi kerana parti mana lagi lebih suci atau boleh diharap berbanding GTA?

GTA akan hapuskan penyelewengan dan jadikan Malaysia sebuah negara yang baik demi orang-orang Melayu yang hilang arah tuju dan kepercayaan kepada parti politik sedia ada. Suka dengan video ini? Bagilah STAR sikit!

(Visited 664 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button