fbpx
Nasional

Cendekiawan Islam perlu bersatu demi kedamaian sejagat

Jeddah, Arab Saudi – Para pemimpin dan cendekiawan Islam perlu bersatu demi kedamaian sejagat khususnya membabitkan kesejahteraan umat Islam.

Agama Islam yang sarat dengan mesej kedamaian mengharamkan perpecahan serta sebarang tindakan yang mengundang pergaduhan dan persengketaan.

Di saat sebahagian komuniti umat Islam berhadapan dengan isu keamanan, para pemimpin Islam hendaklah bersatu hati demi mempertahankan keamanan sejagat.

“Bukan sekadar pemimpin, bahkan para cendekiawan dan ulamak Islam hendaklah sentiasa memberikan panduan kepada umat dengan menetapkan pendirian yang tepat bagi berhadapan dengan sebarang isu membabitkan umat Islam khususnya melibatkan soal keamanan dan keselamatan,”.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Lapangan Terbang Antarabangsa King AbdulAziz Jeddah, Arab Saudi tengahari semalam.


Hadir bagi mempersembahkan ucapan selamat berangkat meninggalkan negara berkenaan kepada baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah setelah selesai menunaikan ibadah umrah ialah Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Alauddin Md Noor, Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Haji Mohammad Saimi Mat Som dan Timbalan Konsul Haji Malaysia, Affandi Abdullah.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda berdua Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail serta diiringi bersama Ketua Pegawai Rksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah baginda kagi, “Polemik yang membabitkan umat Islam wajar dibincangkan sedalamnya agar sesuatu keputusan dan tindakan bersama dapat diambil serta bukan sekadar keputusan tanpa tindakan”.

Terdahulu, pada malam sebelumnya Tuanku Raja Muda seisi keluarga turut berkenan berangkat ke Restoran Malaysia dan disambut oleh Pengurusnya Mohd Amsyar Ashari. Ia beralamat di Pusat Bandar Baharu, Tahliah, Al Rawdah di Jeddah yang dibuka pada setiap hari kecuali Ahad bermula jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Restoran berkenaan turut menawarkan perkhidmatan makanan berbungkus untuk para jemaah haji dan umrah selain sajian makanan di restoran dan tempahan buffet di hotel.

Bagi yang berminat mendapatkan perkhidmatan Restoran Malaysia Jeddah bolehlah menghubungi talian +966126611451 atau melalui email : [email protected]

Show More

Related Articles

Back to top button