Nasional

PAS perlu diangkat menjadi teras utama perjuangan ummah, Annuar Musa

MELAYU dan umat islam perlu bangkit memilih pemerintah yang memperjuangkan ummah dengan prinsip yang lebih istiqamah.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata, pilihan penyatuan Melayu dan umat Islam adalah Pas.

“Pas perlu segera diangkat menjadi teras utama perjuangan ummah dengan prinsip perjuangan yang lebih luhur dan berterangkuman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, UMNO memilih menjadi sekadar murid bukan guru serta sekadar menjadi pengikut dan pelengkap.

“UMNO juga sekadar menjadi ‘king maker’ kepada sosialis dan liberal, bukan lagi pemacu nasionalisme Melayu dan Islam,” tambah beliau.

Dakwa beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan UMNO parti haluan sosialis dan liberal seperti DAP dan Pakatan Harapan (PH). -SM

Baca juga : Eizlan Yusof sertai Pas

 

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button