Nasional

[VIDEO] Kerajaan Selangor garis empat strategi tangani gangguan bekalan air

KERAJAAN Selangor gariskan empat strategi utama dalam mengatasi masalah gangguan bekalan air termasuklah membendung risiko pencemaran sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ini termasuklah penggunaan pelbagai teknologi melibatkan kecerdasan buatan (A.I) dalam memastikan kualiti air sungai dapat dibekalkan kepada penduduk Selangor.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga diperketatkan selain denda dan penjara, pihak bertanggungjawab juga perlu menanggung kos pembersihan sungai.

Ini kerana pada tahun lalu, Selangor terlalu kerap mengalami gangguan bekalan air akibat pencemaran berlaku di sumber air utama di Sungai Selangor.

Pencemaran tersebut menyebabkan, Loji Rawatan Air mengalami henti tugas dan mengakibatkan lebih sejuta penduduk terputus bekalan air.

Strategi 1: Rawatan awal air di kolam rawatan air

“Strategi yang pertama ialah kita buat rawatan exhaust ataupun di ‘upstream’ iaitu penggunaan apa yang dipanggil sebagai Aquaritin ataupun bioteknologi.

“Ia akan membantu kita dalam meningkatkan oksigen terlarut atau dissolve oxygen (DO), ia juga membantu penghapusan bau, minyak dan gris, pengurangan logam berat, jumlah pepejal terampai (TSS) dan jumlah pepejal terlarut (TDS) dan rejuvenasi kehidupan akuatik di kawasan berkenaan.

Strategi 2: Pemantauan dan pengawasan di lembangan sungai utama

“Kali pertamanya kita akan menggunakan apa yang dipanggil sebagai total organic carbon (TOC) analyser sensor.

“Yang akan mengesan sebarang perubahan dalam air sama ada dari segi kandungan air atau bau.

“Kemudahan dron ini penting, jadi ia akan pantau secara online dan boleh ambil sample sekali.

“Segala video, recording ini, ia boleh jadi bahan pembuktian nanti, tetapi rondaan terus jalan di kawasan-kawasan berisiko tinggi yang kita sudah kenalpasti tempat kilang atau buangan.

Strategi 3: Pembinaan infrastruktur pengepaman terus dari kolam takungan Sungai Selangor

“Inilah satu game changer yang akan memastikan tidak ada gangguan akan berlaku kepada bekalan air.

“Iaitu kita akan buat diversion di kawasan-kawasan yang kita kenal pasti sebelum muka sauk.

Strategi 4: Penguatkuasaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) (Pindaan) 2020

“Pindaan Enakmen Luas 2020 yang kita luluskan baru-baru ini akan diwartakan nanti ialah minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta dan maksimum tiga tahun penjara.

“Maknanya dua-dua akan kena.

“Lagi satu tambahan pada enakmen ini ialah kita telah letakkan bahawa kalau didapati sabit kesalahan, kos pembersihan dan melibatkan semua ini, dia kena bayar.

“Kita juga akan memberi ganjaran kepada pemberi maklumat tentang aktiviti pencemaran ini, kita dapat bukti betul, mereka akan diberi ganjaran.

“Ada beberapa kilang-kilang yang haram, kita sudah mula merobohkan akan dibuat berperingkat-peringkat dan berterusan.”

Demikian kata Exco Infrastruktur Selangor, Izham Hashim yang menerangkan strategi pelaksanaan penguatkuasaan penjagaan sungai.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta di bawah Skim Jaminan Air Mentah (SeJAM) bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan air.

Malah, beliau juga mengumumkan pengambilan air mentah dari Sungai Rasau sebagai sumber air baharu.

Katanya, kerajaan negeri mahu mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air dari Sungai Selangor serta sumber tambahan jika berlaku masalah pencemaran sungai.

“Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas, kilang-kilang, rumah-rumah terutamanya di kawasan berhampiran tebing sungai dapat dirobohkan kerana berpotensi mencemarkan anak-anak sungai dan juga sungai di Negeri Selangor.

“Memperkemas lagi lembangan sungai melalui tindakan-tindakan pengawasan termasuk dengan menggunakan dron, pengurusan data dan analisis kecerdasan buatan.

“Penubuhan jawatankuasa khas bagi memantau dan memastikan air sungai tidak dicemari dengan bahan kimia atau sampah sarap yang boleh menjejaskan bekalan air mentah kepada loji-loji rawatan air.

Sumber air mentah baharu di Sungai Rasau

“Menyegerakan cadangan pembangunan air mentah Sungai Rasau sebagai sumber air baharu bagi mengurangkan penggantungan kepada bekalan air dari Sungai Selangor.

“Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM200 juta dan kita yakin akan dapat mengurangkan lebih 90 peratus risiko henti tugas akibat pencemaran di Sungai Selangor dan juga Sungai Langat,” katanya. – SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button