Nasional

Bonda Sultan Terengganu mangkat

BONDA Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah mangkat di Kuala Lumpur pada jam 3.17 pagi tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mohd Sophian Abu Bakar dalam kenyataan media berkata, jenazah Almarhum dibawa dari Kuala Lumpur ke Terengganu dengan menggunakan pesawat khas pada tengah hari tadi.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang sekitar jam 4 petang.

Menurut Sophian, Sultan Mizan Zainal Abidin memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini.

“Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah mulai malam ini,” katanya. – SM

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button