Nasional

Cedera parah di beberapa bahagian badan

PENEMUAN mayat di tengah Jalan Bangsar menghala ke Pantai Dalam, Kuala Lumpur pagi tadi disahkah mempunyai kesan kecederaan parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kira-kira pukul 5.38 pagi.

“Mangsa kemudian telah ditemukan dalam keadaaan tidak sedarkan diri. Kita tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan menganggarkan mangsa berusia lingkungan 30-an.

“Siasatan forensik mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai akibat senjata tajam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Jelasnya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif pembunuhan selain mengesan waris serta latar belakang mangsa.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mangsa atau ada kehilangan ahli keluarga, boleh menghubungi pihak polis di talian 03-22979222 untuk membantu siasatan.

Pagi tadi, penemuan mayat tersebut tular di laman sosial berkenaan kes kejadian yang menyebabkan Jalan Bangsar ditutup seketika.

Penutupan jalan di waktu kemuncak orang ramai pergi bekerja itu telah menyebabkan kesesakan luar biasa sehingga menimbulkan tanda tanya di laman sosial. -SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button