Nasional

Ahli politik dari Pantai Timur didakwa cabul isteri orang

SEORANG ahli politik berusia 50-an dari pantai timur didakwa telah mencabul seorang wanita berusia 48 tahun di sebuah rumah di Taman Bukit Melawati pada Julai atau Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, <span;>Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lapora polis telah dibuat mangsa pada 16 Mac lalu.

“Menurut laporan mangsa yang juga ahli perniagaan itu, suspek bersama isterinya telah datang ke rumahnya sekitar Julai atau Ogos tahun lalu dan bermalam dirumahnya.

“Pada awal pagi, semasa mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat 1, tiba-tiba mangsa tersedar kerana merasakan dirinya dicium dan payudaranya diramas.

“Setelah suspek menyedari mangsa tersedar dari tidur, suspek terus turun ke bawah untuk pulang ke rumah bersama isterinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, mangsa takut untuk membuat laporan polis kerana bimbang akan merosakkan hubungan di antaranya dan suspek.

Ujarnya, mangsa juga tidak pasti apa yang perlu dibuat memandangkan suspek adalah seorang ahli politik yang berpengaruh di sebuah negeri di pantai timur.

“Susulan itu, kita telah menjalankan siasatan dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dijalankan. -SM

(Visited 2,622 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button