BeritaNasionalPendidikan

Syed Saddiq bidas Kementerian Pendidikan buat keputusan saat akhir

Sesi persekolahan sepatutnya dibuka 20 Januari ini

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman membidas keputusan saat akhir yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh negara.

Sesi persekolahan itu yang sepatutnya dijadualkan bermula pada 20 Januari ini, terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan Covid-19.

Syed Saddiq berkata, pengumuman pembukaan sekolah dianggap perkara penting dan keputusan yang dibuat pada saat akhir untuk menangguhkannya bukanlah satu pelaksanaan dasar yang baik.

“Selasa 12 Januari lalu umum sekolah akan dibuka pada 20 Januari ini.

“Semalam, umum sekolah tutup (kecuali calon peperiksaan umum).

“Empat hari sahaja tapi keputusan dasar berubah-ubah,” katanya memetik catatan Syed Saddiq di akaun Facebooknya.

Ahli Parlimen Muar itu juga berkata, beliau tidak pasti dengan tindakan KPM yang mengubah keputusan pada saat akhir.

Katanya, pengumuman pembukaan sekolah melibatkan ibu bapa yang mengeluarkan duit untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

“Ibu bapa sudah membeli barangan sekolah, bayar yuran, beli baju sekolah, kelengkapan dan macam-macam lagi. Ini semua wang.

“Ada yang beritahu saya, sudah hantar anak ke asrama semalam. Rupa-rupanya Menteri KPM umum ‘last minute’ kata sekolah tutup,” kata Syed Saddiq.

Beliau menambah, krisis pandemik Covid-19 juga bukanlah satu alasan untuk KPM membuat keputusan di saat akhir dan menyusahkan semua pihak.

“Dah dekat setahun wabak ini tular di Malaysia,” kata Syed Saddiq.

Semalam, KPM mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula pada 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan Covid-19.

KPM memaklumkan bahawa  sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, sesi persekolahan bersemuka juga hanya melibatkan murid Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara turut terlibat sama.

Kata Syed Saddiq lagi, semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari ini. – SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button