Hiburan

Penyanyi seiras P’Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia

Penyanyi yang memiliki seiras seperti Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia, hari ini selepas menerima rawatan di hospital Kota Kinabalu, Sabah.

Fairuz Misran sebelum ini pernah duet bersama Asmara

Menerusi satu hantaran di Facebook adiknya Sazlieyanti berkata, pihak hospital memaklumkan kepada dia dan keluarganya bahawa abangnya sudah meninggal dunia sebaik menerima rawatan di hospital.

“Ramai yang bertanya mengenai penyebab arwah meninggal dunia. Alhamdulillah arwah pergi dengan senang. Hanya sakit dada dan pengsan sebelum dibawa ke hospital. Setibanya di hospital, kami dimaklumkan arwah sudah tiada.

Sazlieyanti berkata, jenazah akan dikebumikan sama ada di kampung isterinya di Labuan atau di Kimanis, Papar iaitu kampung Allahyarham.

“Terima kasih juga untuk semua yang tidak berhenti mendoakan beliau dan sedekahkan al-Fatihah,” katanya.
Terdahulu, Fairuz yang juga Juara Bintang P Ramlee 2012 dilaporkan meninggal dunia pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan jam 1.30 petang, hari ini.

Terdahulu, Fairuz yang juga Juara Bintang P Ramlee 2012 dilaporkan meninggal dunia pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan jam 1.30 petang, hari ini.

Artikle Berkaitan:>

Anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali mohon bantuan rawatan isteri

Mengaku cicit Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee di aplikasi TikTok, bukan ujian DNA

(Visited 240 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button