Hiburanpilihan

Remy Ishak sah bergelar suami kepada Ezza Yusof

Pelakon tanah air Remy Ishak, 39 tahun selamat bernikah bersama pilihan hatinya Ezza Yusof (38 tahun) sebentar tadi di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh abang pengantin perempuan sendiri iaitu Rozman Yusof. Ezza atau nama sebenar Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), sesi pernikahan ini hanya dihadiri oleh
pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof.

Remy dan isteri mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, turut ditatarias oleh juru
make up Chomel dan Adik Wan serta penata gaya oleh Tym Fatimah.

Menurut Remy Ishak, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar.

Pasangan ini turut menitipkan ucapan khas buat semua rakan-rakan dan peminat “Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami & isteri, mohon mendoakan kebaikan & kesejahteraan buat kami berdua.”

Majlis telah beberapa kali tertunda sejak Mei kerana negara masih dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19.

Terdahulu Remy Ishak telah membuat pengumuman esklusif melalui satu temuramah
bersama program Gempak TV di Astro Ria Saluran 104 HD tentang tarikh pernikahannya. -SM

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button