Hiburanpilihan

Ibu Syamel meninggal dunia

PENYANYI popular, Syamel memaklumkan yang ibunya, Wan Faaizah Karim telah disahkan meninggal dunia pada pukul 10.09 malam tadi.

Berita sedih itu dikongsikan Syamel menerusi akaun media sosial miliknya.

“Allah lebih menyayangi umi. Umi saya Wan Faaizah Binti Karim telah kembali menghadap pencipta pada pukul 10.09 pm tadi.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” ujarnya.

Syamel juga suami kepada penyanyi, Ernie Zakri itu turut menerima ucapan takziah daripada rakan selebriti yang lain dan peminatnya.

Sebelum ini, Syamel juga menafikan bahawa kemasukan arwah ibunya ke hospital adalah disebabkan oleh jangkitan Covid-19. -SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button