KesihatanNasionalPenyakit

Jangkitan Covid-19 turun, 2,798 kes baharu, 6 kematian

DATA di laman web CovidNow mencatat, kes harian Covid-19 menurun sedikit semalam dengan 2,798 kes baharu direkodkan berbanding 3,490, kelmarin.

Sebanyak enam kematian dicatatkan termasuk satu kes di luar fasiliti kesihatan.

Menurut data di laman web CovidNow yang sama, ia membabitkan 2,793 kes penularan tempatan sementara lima kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 4,755,288 kes dan 36,136 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,890 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 65 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 39,417 pesakit atau 96.4% menjalani kuarantin di rumah, 29 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,379 orang atau 3.4% menerima rawatan di hospital.

Seramai 4,669 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Dua kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,065 kluster, dengan 36 daripadanya masih aktif. – SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button