BanjirNasional

5 negeri terima amaran cuaca buruk

Mangsa banjir di Johor terus meningkat

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan lima negeri sehingga 1 tengah hari.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sarawak.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak sementara Kedah membabitkan Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Johor pula membabitkan tiga kawasan iaitu Kuching, Serian dan Samarahan,” menurut agensi itu.


Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Sementara itu, mangsa banjir kilat di daerah ini meningkat kepada 86 orang daripada 29 keluarga pagi ini, berbanding 43 orang daripada 12 keluarga malam tadi, selepas sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru menerusi kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Mutiara dibuka bagi menempatkan seramai 43 orang daripada 17 keluarga membabitkan penduduk Kampung Pasir, Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Kenangan.

“Semalam hujan lebat berlaku melebihi dua jam dan menyebabkan beberapa buah rumah (di daerah ini) dinaiki air kira-kira pukul pukul 3 petang,” katanya.

Malam tadi, seramai 43 penduduk Kampung Laut Batu 10 dipindahkan ke PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 selepas rumah mereka dinaiki air. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button