Ekonomi

Cagamas muktamadkan harga Kertas Komersial Konvensional bernilai RM150 juta

PERBADANAN gadai janji nasional, Cagamas Bhd., mengumumkan terbitan Kertas Komersial Konvensional (CCP) tiga bulan bernilai RM150 juta.

Dalam kenyataannya hari ini, Cagamas memaklumkan, hasil daripada terbitan itu akan digunakan untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan daripada sistem kewangan.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chung Chee Leong berkata, kejayaan pemuktamadan harga CCP itu membuktikan permintaan berterusan yang kukuh daripada pelabur untuk sekuriti hutang jangka pendek syarikat itu.

Chee Leong berkata, CCP ditetapkan pada harga kompetitif  Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan yang sepadan, ditambah tiga mata asas (bps) atau bersamaan 2.31 peratus berasaskan penetapan KLIBOR pada tarikh harga.

“Harga CCP  mewakili 21 bps mengatasi Bil Perbendaharaan Malaysia yang dimuktamadkan menerusi asas tawaran persendirian,” katanya.

Beliau menambah, urus niaga itu menandakan langkah terbitan ketujuh oleh syarikat itu pada tahun ini dan menjadikan terbitan setakat ini berjumlah RM3.46 bilion.

Kata Chee Leong lagi, kertas itu yang akan ditebus dengan nilai nominal penuh mereka pada tempoh matang, merupakan obligasi tanpa cagaran syarikat, kedudukan sama rata antara obligasi tidak bercagar dengan semua obligasi tidak bercagar sedia ada syarikat.

“Ia akan disenarai dan didagangkan di bawah Sistem Perdagangan Sekuriti Tanpa Skrip,” katanya. – BERNAMA

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button