fbpx
Alam SekitarNasional

Sungai Selangor tercemar lagi

BEKALAN air bersih kepada penduduk di 1,274 kawasan di Lembah Kelang terjejas lagi berikutan satu pencemaran sumber air mentah dikesan berlaku di Sungai Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan awal pagi ini memaklumkan pihaknya telah menghentikan tugas Loji Rawatan Air Rantau Panjang pada pukul 11.30 malam tadi.

Sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 dihentikan tugas pada pukul 1.00 pagi tadi.

“Henti tugas ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 1,274 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Senarai kawasan-kawasan yang terjejas dengan henti tugas ini akan diumumkan dari semasa ke semasa di semua saluran komunikasi Air Selangor,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.


Kawasan Lembah Kelang mengalami gangguan bekalan air hampir setiap bulan disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu mencemarkan sumber air di negeri itu.

Terkini, dalam kenyataan pukul 6 pagi tadi Air Selangor memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Rantau Panjang telah beroperasi semula pada pukul 3.30 pagi.

Manakala Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 pula telah beroperasi pada pukul 5.00 pagi tadi.

Kesemua logi rawatan air mencatatkan bacaan pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut.-SM

 

(Visited 189 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button