Ekonomi

Buttonscarves buka ruang untuk menjalin kerjasama bersama jenama tempatan

Jenama muslimah dari Indonesia, ‘Buttonscarves Malaysia’ membuka ruang dan peluang kepada semua jenama tempatan di Malaysia untuk menjalin kerjasama, sebelum ini juga jenama itu banyak berkobelarasi bersama beberapa selebriti di Indonesia malah baru-baru ini mereka menjalin kerjasama bersama artis tempatan iaitu Mira Filza.

Melihat dari segi kerjayaan Buttonscarves di Kuala Lumpur, dalam masa 2 tahun sahaja jenama tersebut berjaya membuka enam butik di pusat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Buttonscarves yang ditubuhkan sejak tahun 2016 di Indonesia telah mencuit hati para wanita terutama yang berhijab kerana rekaan yang menarik dan eksklusif, malah memberi keselesaan kepada si pemakai.

Meskipun harganya yang mahal namun tetap menjadi pilihan buat semua para penggemar fesyen kerana kualiti yang terbaik buat produk ini.

Buttonscarves sendiri merupakan jenama pertama di Indonesia yang menggunakan tudung laser cut. Teknologi potongan laser digunakan untuk mencipta tepi selendang dengan gaya tersendiri.

Maka tidak hairanlah mengapa keluaran tudung Buttonscarves ini berharga premium atau agak mahal.

Menurut country manager, Sharifah Itasha, walaupun melihat ekonomi di Malaysia tidak menentu namun Buttonscarves masih mempunyai pelanggan yang tetap malah harga juga berpatutan seiring dengan produk yang dikeluarkan.

Country manager, Sharifah Itasha sebelah kiri

“Secara jujurnya walaupun ekonomi tidak menentu, namun pelanggan tetap akan membelinya kerana tudung ini sebahagian dari life style mereka, terutamanya apabila musim perayaan tiba” Jelasnya ketika pelancaran koleksi terbaru di Bamboo Hilss, Kuala Lumpur.

Selain daripada itu dalam satu acara majlis yang diadakan baru-baru ini jenama tersebut turut melancarkan koleksi terbaru, menjalin kerjasama semula bersama selebriti dari Indonesia, Buttonscarves x Indah Nada Puspita buat kali kedua.

Indah Nada Pusnita hadir ke Malaysia untuk pelancaran koleksi terbaru Nada siri 2

Selepas kejayaan Nada mengeluarkan beg tangan pada tahun 2021 dahulu, kini Nada siri 2 menampilkan tudung dengan dua warna eksklusif iaitu Cello dan Clarinet hanya terdapat di Malaysia sahaja.

Menurut Indah Nada Puspita, Koleksi ini juga seiring dengan tema kisah kasih sayang antara ibu dan anak, yang memberi inspirasi dalam koleksi ini.

Koleksi terbaru Buttonscarves x Indah Nada Puspita

“Lirik dan melodi lagu sangat menarik perhatian saya. Untuk kempen Nada Siri 2, saya mahu sebuah kisah muzikal yang bukan sahaja meraikan cinta malah kasih sayang yang kekal antara ibu dan kanak-kanak, seperti yang akan dilihat dalam video muzik rasmi untuk kempen itu.

“Pasukan Buttonscarves juga baik hati untuk memberi saya kebebasan dalam mengembangkan kreatif saya dengan membenarkan saya mengarahkan video muzik untuk Nada Siri 2 dari awal hingga akhir, dan saya sentiasa bersyukur atas peluang itu,” kata Indah Nada Puspita.

Nada Series 2 didatangkan dalam 3 gaya berbeza iaitu voile square, satin square dan satin shawl dengan harga RM135 setiap satu.

Buttonscarves x Indah Nada Puspita

Koleksi ini juga menampilkan 13 warna terang, 2 daripadanya dibuat secara eksklusif untuk komuniti BSLady di Malaysia.

Peminat boleh melihat dan membeli-belah pilihan penuh warna di Buttonscarves
Kedai rasmi Malaysia yang terletak di Pavilion KL, MyTOWN KL, Avenue K, Setia City Mall, 1 Utama
Pusat Beli-belah, dan Isetan KLCC, atau dalam talian melalui www.buttonscarves.com.my, Zalora, dan Shopee.

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button