Politik

RM100,000 bukan RM3.7 juta peruntukan untuk Parlimen

JANJI Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memberikan peruntukan sebanyak RM3.7 juta kepada setiap Parlimen dipercayai tidak ditunaikan.

Berbanding jumlah asal dikatakan itu, hanya RM100,000 sahaja yang diterima bagi peruntukan tahun 2021.

Sebaliknya hanya Ahli Parlimen menyokong kerajaan pula yang mendapat peruntukan sebanyak RM3.7 juta itu.

Oleh demikian, hal itu memperlihatkan Kerajaan PN seperti tidak serius dalam membantu rakyat di peringkat kawasan-kawasan Parlimen.

“Setakat ini peruntukan yang diperolehi pembangkang RM100,000 dan itulah peruntukan yang diperolehi oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahli Parlimen Pontian, Ahli Parlimen Pekan, Ahli Parlimen Padang Rengas dan Ahli Parlimen Machang.

“Mudah-mudahan terbukalah hati sesiapa yang membuat keputusan itu untuk memberikan peruntukan sama dengan mana-mana ahli parlimen yang telah mengundi supaya Bajet 2021 diluluskan.

“Namun hadiah yang kami dapat…Alhamdulillah peruntukan RM100,000. Terima kasih dan bersyukur.”

Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam satu temubual bersama NRCHANNELTV.NET.

Sebelum ini, peruntukan RM3.7 juta itu dijanjikan oleh Kerajaan PN bagi membolehkan Belanjawan 2021 mendapat sokongan bagi diluluskan di Dewan Rakyat.

Malah, sebelum ini peruntukan itu juga dikatakan akan diberi kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira bahagian kerajaan ataupun pembangkang.

Bagaimanapun, sumber memberitahu Suara Merdeka, peruntukan setakat RM100,000 kepada Parlimen Bagan Datuk dipercayai sebagai tindakan balas dendam kerajaan kepada Ahmad Zahid.

Hal demikian termasuklah dakwaan mengatakan beliau menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mewujudkan satu kerjasama bagi membentuk kerajaan baharu.

Walau bagaimanapun, kerajaan perlu menyedari situasi pandemik Koroanvirus (Covid-19) sekarang dan menyediakan pelan bagi janga panjang serta sederhana.

“Rakyat tidak perlu lagi didendangkan dengan perkara-perkara bahawa kita adalah negara terbaik yang telah menguruskan pandemik ini.

“Tetapi hasilnya sepertimana diketahui oleh semua keadaannya berbeza dan tentulah perkara ini menjadi tanggungjawab semua malah sebagai Ahli Parlimen yang menganggotai kerajaan.

“Sebagai sebuah negara demokratik tentunya tidak salah melakukan ‘self criticism’ kepada diri saya atau jemaah kepimpinan di negara ini.

“Saya dapat merasai denyut nadi rakyat hari ini dan mereka berterus terang serta menceritakan perkara yang benar. Dalam keadan itu bebanan rakyat hari ini perlu dilihat secara menyeluruh,” katanya. – SM

(Visited 419 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button