Ekonomi

Hektar REIT terima anugerah di Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia

Kuala Lumpur 18 Ogos – Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) telah dianugerahkan “Syarikat Terbaik Tahunan” bagi kategori “Inisiatif Pemegang Taruh dan Keterlibatan Kelestarian Komuniti” pada Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia 2022 hari ini.

Anugerah yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Ramlan Harun mewakili menterinya,Dato’ Seri Mahdzir Khalid merupakan anugerah yang dinaik taraf penarafan 4 bintang bagi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”) yang diterima oleh Hektar REIT sebagai sebahagian daripada Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBMI) pada penilaian Jun 2022 oleh FTSE Russell.

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd. (Hektar Asset Management), Johari Shukri bin Jamil berkata, pihaknya mengucapkan penghargaan kepada panel juri atas anugerah dan pengiktirafan kepada usaha Hektar REIT dan melihatnya sebagai suatu galakan untuk terus melakukan yang lebih baik.

Asset Under Management, Hektar REIT terdiri daripada lima pusat beli-belah berfokuskan kejiranan dan satu pusat beli-belah wilayah, yang memainkan peranan utama bagi memberi perkhidmatan kepada pelbagai pemegang taruh seperti pembeli, penyewa, pekerja dan komuniti di sekitar kawasan berkenaan.

“Penarafan ESG terbaru kami di F4GBMI menunjukkan bahawa Kelestarian dan CSR sudah menjadi sebahagian daripada budaya korporat kami. Rangka kerja kelestarian kami, yang dibangunkan pada 2017, terus berkembang mengikut undang-undang dan juga kepentingan sosial dan alam sekitar yang lebih luas. Kami telah banyak belajar, terutamanya ketika pandemik, untuk menjadi lebih berdaya tahan dan lestari di samping bertindak kepada betapa pentingnya mengurangkan jejak alam sekitar kami dan meningkatkan tanggungjawab kami kepada pemegang taruh.” katanya di sini hari ini.

Majlis itu dianjurkan oleh CSR Malaysia, satu inisiatif penerbitan dan sosial di bawah Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia, sebuah pertubuhan kebangsaan bagi kelestarian di negara ini.

Beberapa pencalonan diterima bagi pelbagai kategori, dengan penerima anugerah diadili oleh barisan juri terhormat daripada media dan Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kelestarian dan Korporat Malaysia.

Johari Shukri berkata, iinisiatif CSR amat dekat di hati mereka dan berharap untuk terus melibatkan komuniti dengan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi golongan tidak bernasib baik atau golongan yang lemah terutamanya yang terkesan oleh pandemi.

“Semasa pandemik, pusat beli-belah kami mematuhi sepenuhnya arahan Kerajaan bagi menyediakan persekitaran beli-belah yang selamat kepada semua dengan melaksanakan protokol keselamatan dan kebersihan yang ketat,” ujarnya.

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button