fbpx
Nasional

Buruh binaan maut tertimbus diri sendiri

SEORANG pekerja buruh binaan maut selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah di tapak pembinaan di Kota Damansara, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.58 tengah hari melibatkan lelaki warganegara asing yang berusia 35 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, ketika kejadian, mangsa sendang melakukan kerja di tapak tersebut.

buruh binaan

“Mangsa melakukan kerja pemasangan paip pembuangan air bawah tanah dan secara tiba-tiba, tanah dinding yang berhampiran runtuh dalam bentuk ketulan besar.


“Runtuhan itu telah menimbus mangsa daripada kepala hingga ke kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Cuba langgar polis, dua das tembakan dilepaskan

Menurut Nik Ezanee, mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan untuk melihat punca kejadian berlaku. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button