Uncategorized

Cuba langgar polis, dua das tembakan dilepaskan

SEORANG pegawai polis terpaksa melepaskan dua das tembakan selepas seorang lelaki yang disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah cuba melarikan diri dengan memandu secara melulu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kejadian berlaku di tepi jalan besar Kepong kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur telah mengekori sebuah kereta jenis Toyota Yaris berwarna putih yang dipandu seorang lelaki.

“Lelaki itu disyaki membawa dadah dari Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ke arah Jinjang sebelum kita halang menggunakan dua buah kenderaan di bahagian hadapan dan belakang suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Bayi 6 bulan tersepit jari di alat permainan

Menurut Mazlan, pihaknya telah menunjukkan kad kuasa namun suspek enggan memberikan kerjsama dan bertindak agresif dengan memandu secara melulu ke arah seorang pegawai polis.

Susulan tindakan itu, Mazlan berkata, pihaknya terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar belakang kenderaan suspek untuk mempertahankan diri.

“Tembakan itu juga bertujuan untuk memberhentikan kenderaan tersebut supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya dan orang awam yang lain.

“Suspek bagaimanapun telah berjaya melarikan diri dan hasil siasatan mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu adalah di atas sebuah syarikat sewaan kereta,” jelasnnya.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat diteruskan.

BACA> Ragut: Dua lelaki dan seorang wanita ditahan

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau hadir ke balai polis berdekatan. -SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button