NasionalUncategorized

Padang Besar umpama mati hidup semula

SESIAPA saja yang melangkah masuk ke Perlis, pastinya rasa tidak lengkap kalau tidak berkunjung ke Padang Besar.

Mana tidaknya Padang Besar yang bersempadan dengan Thailand ini sekian lama menjadi tumpuan sebagai tempat membeli-belah paling “lejen” di negeri paling ke Utara ini.

Bagaimanapun dengn pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Padang Besar juga mendapat tempias kesan ekonomi sehingga menjadi pekan yang hampir mati.

Kalau ada yang berniagapun hanya beberapa kerat sahaja orang tempatan, itupun sekadar memberi peluang kepada pengunjun yang juga dalam jumlah sangat kecil supaya tidak pulang dengan tangan kosong.

Bagaimanapun dengan pengumuman semalam apabila kedua kerajaan iaitu Malaysia dan Thailand telah membenarkan penggunaan pas sempadan sekaligus memberi petanda Padang Besar akan kembali hidup dan ekonomi akan rancak semula.

Tidak dinafikan nadi penggerak kepada perniagaan di arked juga bergantung kepada peniaga dari Thailand yang tinggal bersebelahan sempadan.

Biasanya mereka ini berulang-alik setiap hari untuk membawa produk dari Thailand untuk dijual
di sini tetapi sejak PKP semua perniagaan terencat.

Tinjauan Suara Merdeka mendapati semakin banyak kedai di Arked dan Padang Ware Mart dibuka semula.

Bukan sekadar kedai menjual barang tetapi gerai makanan yang menyajikan selera Thai juga telah dibuka.

Padang Besar kembali sibuk apabila kawasan parkir sehingga di bahu jalanpun dipenuhi dengan kenderaan.

Peniaga dari sempadan Thailand yang lama terperap di kampung hanya sejauh lima kilometer dari sempadan Malaysia juga telah membuka lot gerai masing-masing

Penulis juga bertemu kembali dengan peniaga yang menjadi pilihan setiap kali membeli-belah di sini sebelum PKP.

Sekalipun di sebalik pelitup muka, suaranya yang dimiliki oleh lelaki peramah berusia 40-an yang membahasakan diri sebagai “Adik” ini masih dikenali.

Beliau adalah salah seorang daripada peniaga di sini yang setiap hari berulang-alik kerana tinggal di Padang Besa, Thailand.

Lebih menarik, penulis turut berada di kedai “Adik” bersama dengan sepasang suami isteri yang mengaku kedai ini juga menjadi pilihan mereka.

“Saya orang Perlis yang tinggal di Kuala Lumpur tetapi sebelum balik kalau datang Padang Besar, inilah kedai yang dikunjungi,” ujarnya.

Beliau juga seperti penulis, pelanggan tetap “Adik” ini kerana orangnya bukan sahaja peramah tapi mengamalkan sikap suka bersedekah dan sudah pasti harga patut yang tiada pada tempat lain.

Penulis sempat membeli kacang paling mahal di dunia iaitu makadamia sambil berbisik hendak beli sedikit sahaja untuk dirasa.

Daripada harga RM60 dapatlah beli RM10 dari kedai “Adik” ini tetapi kalau kedai lain semuanya bermula RM20 siap dipek.

Bagi yang biasa membeli-belah di Padang Besar sudah faham, apabila kembalinya peniaga dari Thailand bererti akan muncul pelbagai produk terbaharu dari sana.

Jadi tidak hairanlah, Padang Besar sentiasa menjadi pilihan membeli-belah kerana jika lambat memberi satu produk viral, kena cepat beli sebab Thailand biasanya tidak mengulang pengeluaran kerana sentiasa muncul dengan produk baharu. – SM

(Visited 832 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button