Politik

Tamrin serah pada peguam berhubung tuduhan Zuraida

Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah, Tamrin Tun Ghaffar akan menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Jelas Tamrin, beliau tidak pasti mengapa Zuraida mengaitkan dirinya dalam isu ‘Runding Terus’ yang dibangkitkan di Parlimen oleh menteri kewangan pada sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.

Tamrin berkata, amat mustahil bagi seorang menteri tidak tahu mengenai perkara tersebut sedangkan Kementerian Kewangan hanya bertindak mengikut cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Sebagai seorang menteri sepatutnya beliau tidak membabit dan menyalahkan pihak lain diatas kegagalan nya

“Saya serahkan kepada Peguam saya untuk tindakan seterusnya,” kata Tamrin dalam satu kenyataan.

Zuraida dalam satu kenyataan mendakwa dua projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diluluskan secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan dikendalikan sendiri bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau mendakwa Guan Eng bertanggungjawab terhadap kedua-dua projek terbabit. Dalam kenyataannya itu Zuraida turut memetik nama Tamrin.

“Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah, Tamrin Tun Ghaffar, yang juga penyokong tegar PH mewakili syarikat itu untuk bertemu dengan mantan Menteri Kewangan pada 28 November 2018.

“Pada pertemuan inilah, Guan Eng bukan sahaja membincangkan rundingan semula projek ini, malah bersetuju untuk mengurangkan kos tipping fee 10 peratus lebih rendah daripada kos asal, kononnya sebagai penjimatan untuk kerajaan,” katanya.

Zuraida berkata, Guan Eng kemudian menasihati Bumi Segar Indah untuk menghubungi KPKT bagi membentangkan kertas cadangan formal.

Kementerian Kewangan mendedahkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Daripada jumlah itu, dua projek KPKT membabitkan jumlah RM170.79 juta.-SM

 

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button