Nasional

Tafsiran wartawan bukan pendirian saya – Annuar

Tan Sri Annuar Musa menjelaskan tafsiran wartawan mengenai isu gangguan seksual dalam kalangan artis bukanlah pendirian beliau.

”Saya menerima mesej Whatsapp daripada seorang wartawan Utusan untuk menemuduga saya.

”Beliau mencadangkan tajuk temubual gangguan seksual dalam industri seni tanah air tetapi saya mencadangkan agar temubual itu membincangkan fokus utama saya masa ini iaitu pembangunan industri bagi membantu penggiat seni negara,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu kenyataan media hari ini.

Malangnya, kata Annuar, apa yang keluar adalah tafsiran wartawan tersebut yang tidak mencerminkan pendirian beliau.

“Saya dan KKMM mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dan ia bukan isu yang remeh.MALAH GANGGUAN SEKSUAL ADALAH ISU “KESALAHAN CRIMINAL”,”

Isu itu ujar beliau tidak akan terungkai dengan melemahkan mana-mana pihak, sebaliknya memerlukan gembelengan tenaga setiap pihak baik media mahupun pihak berkuasa dan mereka yang terlibat.

“Saya telah memaklumkan hal ini pada PDRM.Saya percaya pihak berwajib akan bertindak mengikut undang undang,” kata Annuar

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button