Nasional

Petugas NSTP pulang dari Sabah dijangkiti Covid-19

SEORANG kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) yang baru pulang dari melakukan tugasan di Sabah telah dijangkiti virus Covid-19.

Media Prima Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kementerian Kesihatan telah memaklumkan petugas terbabit kini menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Kakitangan terbabit baru pulang daripada menjalankan tugasan editorial di Sabah pada 30 September lalu dan telah menjalani ujian mandatori Covid-19 yang dikendali oleh KKM.

“Kakitangan berkenaan menjalani kuarantin sukarela di rumah sejak pulang dari Sabah, sebelum beliau didapati positif Covid-19.

Media Prima kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak kementerian kesihatan dan telah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi meminimakan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.

Kakitangan terbabit sememangnya telah menjalani kuarantin sukarela di rumah dan tidak pernah berada di premis-premis Media Prima sejak pulang dari Sabah.

“Media Prima akan memberikan segala sokongan yang diperlukan kepada kakitangan terbabit dan mendoakan beliau diberikan kesembuhan segera.

Media Prima sentiasa mengutamakan keselamatan para kakitangannya dan kesemua kakitangan yang pulang daripada tugasan di Sabah telahpun menjalani ujian mandatori Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin sukarela 14 hari di rumah,” katanya.-SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button