Hiburan

Kalau jodoh Intan Najuwa dengan Datuk, tak ke mana

TERSEBAR khabar angin mengatakan pelakon wanita, Intan Najuwa sekali lagi bertunang dengan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’.

Menurut sumber, majlis pertunangan mereka dilakukan secara tertutup dan berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru, baru-baru ini.

Ada sumber memberitahu, Intan pernah sama-sama mengikuti rombongan dengan tunangnya di  Mekah mengerjakan ibadah umrah.

Jadi, jika tiada arah melintang, pasangan ini akan disatukan sebagai suam-isteri pada tahun ini juga.

Untuk rekod, Intan Najuwa pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan bernama Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 lalu.

Bagaimanapun, hubungan mereka tidak bertahan lama kerana tiada persefahaman di antara mereka berdua.

Wah! Bukan kaleng-kaleng bakal suami Intan Najuwa ya. Lelaki pilihannya berstatus tinggi dan bergelar Datuk dan dulu pernah bertunang dengan usahawan yang kaya-raya.

Semoga Intan ada jodoh! – SM

(Visited 856 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button