PRK

Bung Moktar bertanding DUN Lamag

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin  akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau mengesahkan hasratnya untuk bertanding ketika berucap dalam Mesyuarat UMNO Cawangan Kampung Bilit di Kinabatangan, kelmarin.

Kerusi baharu tersebut terletak dalam kawasan Parlimen Kinabatangan yang diwakili beliau sendiri.

“Saya turut mengisytiharkan bahawa timbalan saya di bahagian ini, Datuk Jefri Arifin akan bertanding di DUN Sukau dan saya selaku Ketua Bahagian dan Pengerusi UMNO Sabah akan bertanding di kawasan Lamag.

“Selain itu, saya akan turun ke bahagian-bahagian untuk menjelajah bertemu semua ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi bagi menerangkan mengenai isu semasa khususnya yang berlaku di negeri ini,” katanya.

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button