PRK

Tiada cawangan UMNO di Kimanis ditutup

DAKWAAN Warisan bahawa 11 cawangan UMNO di Pusat Daerah Mengundi Binsuluk ditutup tidak benar.

Sebaliknya, semua cawangan itu beroperasi seperti biasa.

Nama-nama cawangan yang didakwa ditutup juga tidak betul.

Menurur Naib Ketua UMNO bahagian Kimanis, Nasip Ngadiran, di PDM Binsuluk, UMNO mempunyau 13 cawangan.

Katanya, hanya satu cawangan sahaja yang dipangku oleh timbalan ketua, manakala yang lain masih dipegang oleh Ketua UMNO cawangan dan masih bergerak seperti biasa.

“Semua cerita berkenaan tidak benar dan semuanya fitnah serta propaganda pihak lawan.
“Malah 11 cawangan yang disenaraikan oleh mereka ini sebenarnya tidak ada dalam senarai di PDM tersebut. Tiada dalam senarai cawangan UMNO.

“Di sana sebenarnya kita mempunyai 13 cawangan UMNO. Semuanya masih aktif. Berita yang diwar-warkan oleh Warisan itu adalah bohong belaka,” katanya dipetik dari UMNO-Online.

Menurut beliau,  satu nama cawangan yang seiras iaitu Sri Tutung tetapi nama cawangan yang sebenar adalah UMNO cawangan Kampung Sri Tutung.

“Bererti senarai cawangan yang ditularkan itu adalah palsu dan hanya propaganda Warisan,” katanya.

Tambahnya lagi berbaki dua hari berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis menjelang hari pengundian, tidak mustahil pelbagai cerita serta propaganda yang lebih dahsyat akan keluar dan tidak pelik jika lebih daripada apa yang berlaku hari ini.

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button