fbpx
Politik

Buat Pemimpinku Tok Mat Hassan Timbalan Presiden UMNO

ANALISIS

PENGAMATAN dari dalam untuk tatapan insan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat).

Catatan ini bukan kerana mahu menjadi ‘anak derhaka’ tetapi inginkan perhatian Tok Mat agar tindak tanduk sebagai seorang pemimpin itu terserlah dan di landasan yang betul.

Ahli di peringkat akar umbi mahukan kepimpinan yang tegas, bijak, jujur serta ikhlas kerana dalam dunia hari ini, segalanya tidak pasti.

Jangan mudah terguris, jangan pula cepat melatah. Ini sekadar pandangan saya, penulis kerdil Ali Setiakawan.

ANDA tahu hasil perjumpaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada 29 Julai lalu?


Anda adalah Pengerusi bersama Timbalan Presiden PAS yang hadir dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN) pada 6 Ogos baru-baru ini.

 

Anda juga tahu keputusan Jawatankuasa Perunding MN yang bersetuju untuk menerima PPBM masuk ke dalam MN. Anda juga hadir dalam mesyuarat MT dan Biro Politik UMNO pada 7 Ogos lalu.

 

Memang ada akar umbi yang tidak setuju dengan kemasukan PPBM ke dalam MN.

Saya sendiri pun marah apatah lagi nak menerima semula pengkhianat yang lari dari medan perjuangan.

Tetapi hakikatnya, anda tahu apa yang berlaku. Jadilah pemimpin yang memimpin dan berani jelaskan kepada akar umbi, apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Perunding MN yang anda pengerusikan, bersetuju menerima PPBM ke dalam MN.

 

Jangan jadi seperti lalang. Jangan baling batu sembunyi tangan hanya dengan niat nak memastikan diri kononnya suci di mata ahli walhal dikau hanya bermuka-muka sahaja.

 

Mulalah jadi Pemimpin yang sebenar. Berkatalah benar walaupun pahit. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button