Nasional

“Buat fitnah, sebarkan, delete. Itu bukan cara saya”

DATUK Seri Najib Tun Razak menegur netizen yang mendoakan keburukan ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara pada masa ini.

Menurut Najib, Islam mengajar umatnya supaya mendoakan kebaikan untuk orang lain.

“Sepanjang masa ini, saya secara ikhlas mendoakan PM7 agar diberikan kesembuhan dan dikurniakan kesihatan baik.

“Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin lain atau ahli keluarga, pada ketika mereka mempunyai isu kesihatan,” katanya dalam hantaran ke Facebook peribadinua.

Menurut beliau, semua boleh berpolitik, semua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi bukan cara saya, bukan diri saya untuk mendoakan keburukan.

“Saya pun ada ahli keluarga. Saya juga mahu kita sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua,” katanya.

“Namun saya terus dijadikan bahan fitnah dan politik. Di saat ini? Fitnah itu sudah tersebar luas.

“Yang bertanggungjawab menyebarkannya, sudah tentu tidak akan memberikan saya keadilan.

“Buat fitnah, sebarkan, delete.

“Buat fitnah, sebarkan, delete.

“Buat fitnah, sebarkan, delete.

“Begitulah gerak kerjanya.

“Kenapa? Kerana nak mengapi-apikan kebencian dan kemarahan rakyat?

“Kerana dengan kebencian dan kemarahan boleh menang sokongan?” katanya.

(Visited 340 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button