Nasional

Tiga maut dalam dua kemalangan di P. Pinang

DUA lelaki terbunuh dalam kemalangan di Jalan Kulim-Machang Bubuk dekat Bukit Mertajam hari ini.

Sementara dalam satu lagi kemalangan di Jalan Paya Keladi, Kepala Batas, seorang penunggang motosikal maut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid memberitahu, dalam kemalangan di Bukit Mertajam itu, Seng Yew, 29, yang memandu kereta dan kawanya, Cheong Sik Liang, 20, meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu.

Manakala Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kemalangan di Kepala Batas, warga Bangladesh dikenali sebagai Mizan, 39, maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori.

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button