Nasional

Bot karam: Seorang mangsa ditemui selamat

SEORANG daripada empat kru bot warga Indonesia yang dilaporkan hilang Rabu lalu selepas bot dinaiki mereka karam di perairan ditemui selamat di pantai Pulau Kendi, semalam.

Zulham Efendi Marwani, 31, berkata, dia terapung di laut sejak Selasa lalu apabila bot kayu dinaikinya karam dan bergantung nasib dengan jaket keselamatan serta hanya meminum air laut untuk meneruskan hidup.

“Saya hanya fikirkan keselamatan sahaja dan sentiasa berdoa semoga selamat sama ada dibantu bot lain atau berjumpa kawasan pantai. Alhamdulillah akhirnya saya terdampar di pantai di sini (Pulau Kendi) dan sebuah bot nelayan membantu,” katanya ketika ditemui di Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin di Batu Uban, semalam.

Menceritakan kejadian yang berlaku, Zulham berkata, “bot kami keluar dari jeti Tanjung Balai Asahan, Indonesia sejak Sabtu lepas.

“Sebenarnya kami mahu ke Satun, Thailand untuk mengambil barangan antaranya bawang dan buah-buahan namun bot yang dinaiki karam pada 12 Julai.” by


Zulham Efendi berkata ketika kejadian memberitahu, terdapat lima kru termasuk seorang nakhoda di dalam bot berkenaan dengan semuanya sempat memakai jaket keselamatan.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Abd Razak Mohamed berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 7.50 pagi semalam daripada bot nelayan tempatan yang memaklumkan menjumpai individu lelaki berada di persisiran pantai Pulau Kendi.

Beliau berkata, Zulham Efendi dijumpai dalam keadaan lemah sedang meminta bantuan dan mencurigakan di kawasan pantai itu sebelum dipindahkan ke bot APMM seterusnya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

“Hasil keterangan awal, Zulham Efendi memaklumkan bahawa dia merupakan warga Indonesia serta seorang daripada kru bot yang karam dalam operasi mencari dan menyelamat yang diaktifkan sejak Rabu lepas,” katanya.

Menurutnya mangsa pertama yang terselamat iaitu Aswin, 43, telah diserahkan kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang Bambang Suharto pada 10 pagi.

Khamis lalu, Aswin ditemui terapung di kedudukan lebih kurang 7.5 batu nautika dari barat Sungai Kongsi, Balik Pulau pada 12.25 tengah hari oleh bot nelayan sebelum dia diserahkan kepada APMM Pulau Pinang.

Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi kru bot yang ditangguhkan pada pukul 7.30 malam tadi akan bersambung hari ini. – BERNAMA – SM

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button