EkonomiNasional

Bil pembetungan dijangka naik?

IMPLIKASI pandemik Koronavirus (Covid-19) bukan sahaja memberi kesan kepada sektor ekonomi umum malah turut terkesan kepada industri pembetungan.

Hal tersebut dimaklum syarikat Indah Water Konsortium (IWK) apabila mendakwa berhadapan dengan tekanan berikutan kos operasi penyelenggaraan yang meningkat.

Malah, pihaknya juga perlu memastikan penyelenggaraan dan penggantian aset dilakukan bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian yang tinggi.

Langkah itu turut dilihat sebagai sebahagian daripada strategi memastikan kualiti alam sekitar berada pada tahap yang baik dan tidak membahayakan masyarakat.

“Hakikat ini berkait rapat dengan realiti seterusnya iaitu, biarpun IWK berhadapan dengan kekangan kewangan yang mencabar.

BACA > Hapus sikap egoistik, individualistik – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

“Namun IWK telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menurunkan kos operasi mereka.

“Pada masa yang sama, IWK terus menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya di seluruh negara.

Demikian kata Pengerusinya, Ahmad Johnie Zawawi dipetik laporan portal MStar baru-baru ini yang turut menjelaskan kos operasi miningkat berikutan pertambahan aset baharu dan peningkatan aset yang telah berusia.

Katanya lagi, kesemua aset yang beroperasi termasuk 8,146 Loji Rawatan Kumbahan (LRK) dan stesen pam diperlukan bagi memastikan air sisa terawat dilepaskan tanpa membahayakan alam sekitar.

AHMAD JOHNIE ZAWAWI

“Perkhidmatan IWK yang berterusan adalah bagi memastikan air sisa atau efluen terawat dilepaskan ke perairan tanpa membahayakan alam sekitar.

“Adalah mustahak untuk LRK terus menghasilkan efluen terawat yang berkualiti sepanjang masa.

“Bagi memastikan alam sekitar dan komuniti berhampiran terpelihara,” jelasnya.

BACA > Muhyiddin menang tanpa bertanding Presiden Bersatu — Suara Merdeka

Dalam pada itu, Ahmad Johnie turut menjelaskan caj pembentungan domestik sebenar berbanding yang dibayar pengguna dengan bantuan subsidi daripada kerajaan.

Katanya, sebelum ini pada 2015, IWK berjaya mengurangkan perbelanjaan operasi walaupun terdapat peningkatan aset pembetungan yang perlu diuruskan.

“Kos operasi sebenar untuk setiap premis domestik adalah kira-kira RM18.

“Iaitu sebanyak 12 peratus lebih tinggi daripada caj semasa iaitu sebanyak RM8 sebulan yang perlu dibayar pelanggan sekarang.

“Kerajaan sememangnya, menyalurkan subsidi bagi mengatasi jurang kos yang perlu ditanggung IWK.

“Namun adalah lebih baik jika peruntukan subsidi tersebut dapat dimanfaatkan kepada golongan yang lebih memerlukan.

BACA > Tiket penerbangan sehala KL – KK RM4499.32 tak masuk akal — Suara Merdeka

“Realitinya, caj perkhidmatan pembetungan di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang disediakan.

“Bagi setiap meter padu air sisa yang dirawat oleh IWK, pelanggan hanya membayar kurang daripada 30 sen.

“Namun begitu caj tersebut tidak pernah dikaji semula sejak 26 tahun syarikat pembetungan nasional ini mula beroperasi,” ujarnya.

Tambahnya Ahli Parlimen Igan itu, ramai pemilik perniagaan mengambil pendekatan menaikkan harga akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesan tersebut dikatakan turut dirasai syarikat pembetungan nasional seperti IWK yang tidak pernah menaikkan caj sejak ditubuhkan.

Semalam kecoh isu kenaikan harga tambang penerbangan dalam Dewan Rakyat apabila hal tersebut dibangkitkan Ahli Parlimen Kinabatanga, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

BACA > Pertimbang liberalisasi sektor tenaga elektrik, elak monopoli harga — Suara Merdeka

Ini kerana beliau menyifatkan tiket penerbangan sehala Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu berharga RM4,499.31 adalah tidak masuk akal. – SM

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button