Nasional

Banjir: KPM rancang letak pejabat, bilik guru di tingkat atas

MENTERI Pendidikan, Datuk Dr Mohd. Radzi bin Md Jidin bersama guru, kakitangan sekolah, sukarelawan Guru Pewaris Negara dan NGO serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan gotong-royong membersihkan Sekokah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong.

Difahamkan ini adalah kali pertama SMK Bentong ditenggelami banjir di mana paras air hampir mencecah tingkat dua.

Menurut Radzi, fasiliti sekolah terjejas teruk di mana keseluruhan perabot dan kelengkapan sekolah bagi bilik-bilik yang terletak di tingkat bawah mengalami kerosakan teruk termasuk bilik guru dan bilik komputer.

“KPM akan memastikan penyelenggaraan infrastruktur serta penggantian perabot dan kelengkapan dapat dilaksanakan segera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengatakan KPM sedang merancang ingin meletakkan bilik-bilik utama di tingkat atas.

“KPM sedang melihat untuk membuat satu ketetapan khusus supaya bilik utama seperti pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik komputer dan bilik buku teks ditempatkan di tingkat atas.

“Ini mengambil kira kejadian banjir yang berlaku diluar jangkaan kali ini,” katanya.

Radzi menulis menerusi Facebooknya bahawa banjir kali ini telah menyebabkan banyak sekolah yang belum pernah dilanda banjir telah dinaiki air. – SM

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button