Nasional

Bersubahat dengan Tiger Long, suami isteri dicekup

TIGER LONG masih bebas dan dipercayai berada di sekitar kawasan Bukit Gambir dan pihak polis sedang giat mengesannya.

Dalam pada itu, sepasang suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan selepas merek disyaki bersubahat dengan lelawi warga Myanmar itu.

Tiger Long meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majisteret di Tangkak pada 15 Disember lalu dan kelmarin. Pasangan suami isteri berkenaan ditahan polis.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pasangan warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Gambir pada pukul 12.30 tengah malam kelmarin.

“Mereka, suami isteri itu adalah rakan Long Tiger. Kita masih lagi melancarkan operasi untuk mengesan Long Tiger dan percaya dia masih berada di sekitar kawasan Bukit Gambir dan sebagainya.


“Mereka (suami isteri) itu adalah rakan (Long Tiger). Kita masih lagi melancarkan operasi untuk mengesan Long Tiger dan percaya dia masih berada di sekitar kawasan Bukit Gambir dan sebagainya.

“Saya menyeru kepada masyarakat dan orang awam, jangan sesekali melindungi Long Tiger ini kerana dia sedang diburu oleh pihak polis.

“Kalau kita dapat maklumat dan ada bukti bahawa ada orang awam mencuba melindungi Long Tiger, kita akan buat tindakan yang sama,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, pihaknya menyiasat segala aspek termasuk elemen rasuah yang mungkin berlaku sehingga Long Tiger boleh lolos dari tahanan polis sebelum ini.

“Kita siasat segala aspek sama ada dia bersubahat, bersengkongkol atau dirasuah, itu semua kita siasat bukan dari segi kecuaian sahaja,” katanya. – SUMBER HARIAN METRO- SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button