NasionalNegeri

Buah Naga kembang cantik di Taman Buah-Buahan Esotik

KADANGKALA kita begitu teruja menikmati kesedapan buah eksotik sehingga terlupa untuk mengenali dengan lebih tanaman ini.

BUNGA buah naga ini bercampur warna putih, merah dan kuning.

Bagaimanapun dengan wujudnya Taman Buah-Buahan Esotik di bawah Jabatan Pertanian yang terletak di Jalan Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, Perlis, boleh dilihat pelbagai tanaman eksotik yang ditanam di sini antaranya buah naga.

Deretan pokok buah naga boleh dilihat di taman ini yang dibuka secara percuma setiap hari termasuk cuti umum kecuali Isnin mulai pukul 9 pagi hingga 6.30 petang.

Pengunjung boleh bergambar di replika buah naga di Taman Buah-Buahan Esotik.

Apa yang menarik, pengunjung boleh melihat bunga buah naga kini sedang berkembang dengan cantik.

Jika sesekali pandang ia bagai bunga bakawali tetapi bunga buah naga mempunyai kecantikannya yang tersendiri dan memukau pandangan sesiapa yang melihatnya.

MOHAMAD SAIFUL GHAZALI

Seorang kakitangan taman ini, Mohamad Saiful Ghazali berkata, biasanya setiap biji buah naga ini akan keluar bersama bunga.

Katanya, apabila buah membesar sehingga hampir masak maka bunga ini akan gugur.

Mohamad Saiful berkata, putik buah berwarna hijau tetapi bunganya pula berwarna putih.

“Jarang kita melihat pokok buah-buahan esotik bunganya cantik, setakat ini buah naga antara yang tercantik,” katanya.

 

Katanya, sehingga kini terdapat 56 pokok naga ditanam di sini.

“Pokok naga ini ditanam sejak tahun 2018 dan memang sentiasa berbuah sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata, pokok naga yang ditanam di taman ini mengeluarkan isi yang berwarna merah.

Bunga buah naga kini berkembang di Taman Buah-Buahan Esotik di Perlis

Mohamad Saiful berkata, biasanya buah naga yang dipetik dijual dengan harga RM10 sekilogram. – SM

(Visited 586 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button