Politik

Bersatu putuskan hubungan dengan UMNO petang ini

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia akan membuat keputusan berkaitan hubungan parti itu dengan UMNO petang ini.

Menurut Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Biro Politik parti itu mengambil akan membuat ketetapan tersebut dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu pada petang ini.

Jelas Hamzah, Biro Politik parti itu telah bermesyuarat petang semalam yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin MOhd Yassin.

Mesyuarat tersebut telah membincangkan surat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 26 Februari kepada Muhyiddin berhubung keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Februari di Janda Baik, Pahang.

“Dalam hal ini, Biro Politik mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi UMNO seperti berikut tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15


“Dan kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran parlimen.

“Sehubungan itu, Biro Politik mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu pada petang ini,” kata Hamzah.

Menurutnya, pendirian tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional yang lain iaitu Pas, STAR, SAPP dan Gerakan.

Semalam Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa menggesa  Ahmad Zahid untuk menjelaskan secara jujur keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berpandangan bahawa Ahmad Zahid harus menjelaskan dua keputusan penting parti itu yang disampaikan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Februari lalu melalui sepucuk surat.

“Sebagai ahli kita berhak mengetahui apakah berita itu benar. Jika benar, kenapa ahli tidak diberitahu mengenai tindakan tersebut,” soal Annuar dalam kenyataannya di laman Facebooknya pada Rabu.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, kandungan surat itu mengandungi keputusan UMNO yang tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan UMNO hanya akan bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.-SM

 

(Visited 482 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button