Politik

90 peratus pengagihan kerusi PN selesai

TANAH MERAH: Perikatan Nasional (PN) sehingga sekarang sudah menyelesaikan kira-kira 90 peratus rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua negeri terlibat sudah membentang hasil rundingan parti-parti dalam PN.

“Saya gembira kerana kita dapat menyelesaikan pengagihan kerusi dengan mudah bersama rakan-rakan dalam PN,” katanya ceramah Jelajah Ppakat Pertahan di Markas PAS Tanah Merah di sini malam tadi, lapor Harakah Daily.

Hadir sama Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismai, Yang Dipertua (YDP) PAS Tanah Merah Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Bersatu Tanah Merah Bahari Mohd Nor dan Naib YDP Wan Yusof Wan Mustapha.

PRN membabitkan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka diadakan pada akhir Julai atau awal Ogos ini.

Tuan Ibrahim yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, menjelang PRN tidak lama lagi PAS dan PN dijangka membuat kejutan dengan siri penyertaan bekas tokoh-tokoh akademik dan ahli korporat bersama parti itu.

Menurutnya mereka akan membuat pengisytiharan menyokong PAS dan PN menjelang PRN tersebut.

Kata beliau juga gelombang hijau yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sehingga sekarang tidak pernah menekan masyarakat bukan Melayu.

“Masyarakat Cina dari Johor, Melaka dan Selangor datang melihat sendiri suasana kehidupan rakyat Kelantan yang hidup aman damai.

“Sedangkan sebelum itu mereka mendapat gambaran berbeza kerana hanya mengikuti laporan media,” ujarnya.

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button